Assalamualaikum wbt
Atas permintaan pelanggan yang dihormati, CMA menampilkan tutorial pemakain Selendang Cotton Hannah.
1. Bahagian inner (corak abstrak) dijahit terus dengan selendang.
2. Boleh disarung terus tanpa perlu menggunakan pin. Inner / inner necktidak perlu dipakai. Ia dipakai hanya bagi tujuan fotografi
3. Kemaskan lebihan inner di bahgian belakang dengan kemas supaya tidak tergulung
4 & 5. Bahagian selendang yang panjang dipusing di kepala dan di bawa ke bahagian hadapan.
6. Susun bahagian depan dengan rapi bagi menampakkan kesan alunan.
7. Laraskan kelabuhan selendang di bahagian depan mengikut kesesuaian dan di pinkan
8. Untuk memastikan selendang sentiasa berada di dalam keadaan terletak, pin kan juga dibahagian bahu yang bertentangan.
Selamat mencuba!